Penjawat awam ditahan disyaki amang seksual pelajar perempuan

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 4:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
lelaki yang berusia 28 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah pada Selasa selepas mangsa membuat laporan polis pada hari sama. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di sekitar bandar raya ini awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki yang berusia 28 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah pada Selasa selepas mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau memberitahu, kejadian dipercayai berlaku pada 25 Januari lalu dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman mangsa di Johor Bahru.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya ketika dihubungi.

Raub berkata, mahkamah membenarkan suspek ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved