Penjawat awam ditipu RM13,000

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 11:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang penjawat awam di sini kerugian sebanyak RM13,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Kementerian Komunikasi dan Digital.

Mangsa berusia lingkungan 30-an menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali, yang mendakwa dari Kementerian Komunikasi dan Digital pada 27 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Supt Mursalin Mahmud berkata, pemanggil mendakwa nombor telefon mangsa terlibat dalam penyebaran mesej palsu berkaitan pelaburan, tawaran kerja dan perjudian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi individu yang kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Pada 29 Mei, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang sebanyak RM13,000 ke dalam akaun atas nama Muhammad Azlan, kononnya untuk tujuan ‘perlindungan akaun’.

“Mangsa turut diarahkan untuk menghantar gambar dan maklumat peribadi setiap tiga jam sebagai ‘laporan kendiri’,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa akhirnya menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Ranau pada Selasa.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik jika menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis atau wakil mana-mana agensi kerajaan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi, nombor akaun bank, gambar kad pengenalan atau melakukan sebarang transaksi kewangan berdasarkan arahan melalui panggilan telefon.

“Tindakan terbaik ialah segera membuat semakan kesahihan panggilan tersebut melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai polis terdekat.

“Marilah kita tingkatkan kesedaran dan lindungi masyarakat daripada menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya.