Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2025 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat pada Januari dan Mac 2026. Gambar hiasan.
image is not available
Menteri Besar kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat pada Januari dan Mac 2026.

"Kerjasama erat antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran adalah kunci kejayaan dalam membangunkan negeri Kedah yang kita cintai ini.

"Sebagai menghargai usaha keras ini sukacita diumumkan kerajaan negeri telah meluluskan bantuan khas kewangan ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM10 juta," katanya.

**media[3335668]**

Beliau mengumumkan pemberian bantuan tersebut semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan, berpandukan data Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2024, prestasi ekonomi Negeri Kedah berkembang 4.2 peratus dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM54 bilion berbanding tahun 2023 sebanyak RM51.9 bilion.