Penjawat awam, pemilik syarikat didenda kemuka tuntutan palsu

1 Feb 2024 • 1:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang penjawat awam dan pemilik syarikat kontraktor masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan tuntutan bayaran peralatan asrama bernilai RM1,300.

Rozaiman Basari, 45, pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG52 dan Mohd Shakuddin Samsudin, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Jason Juga bahawa mereka melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah di Semporna pada 8 Ogos, 2018.

Bagi pertuduhan pertama, Rozaiman didakwa secara tipu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu lesen perniagaan Syarikat Mad Sahirun Kontraktor bagi tujuan memperdaya sebagai dokumen sokongan kepada invois syarikat kontraktor bagi permintaan bayaran perkhidmatan bekalan peralatan bagi Program Kelas Bimbingan Asrama SDPA 2018 berjumlah RM1,300.

Bagi pertuduhan kedua, Rozaiman didakwa secara tipu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Akaun Semasa Maybank Islamic atas nama syarikat Mad Sahirun Kontraktor bertarikh 31 Mac 2018 bagi tujuan memperdaya sebagai dokumen sokongan kepada invois syarikat untuk menuntut bayaran bagi perkhidmatan sama.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Mohd Shakuddin didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan Rozaiman dalam melakukan kesalahan itu.

Rozaiman dan Shakuddin didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Mereka membayar denda itu.

Rozaiman didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Shakuddin didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.