Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB

LocalBusiness & Finance
9 Mar 2026 • 2:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB

KANGAR, 9 Mac (Bernama) -- Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.

Abu Bakar berkata pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis.

Baca juga: