Bonus raya RM1,000 untuk penjawat awam Pahang

4 Mar 2026 • 4:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan ini bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Bantuan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berharap agar pemberian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

"Ini sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved