Penjawat awam wanita ditahan kes salah guna kedudukan

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 11:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam wanita ditahan kes salah guna kedudukan

ALOR SETAR – Seorang penjawat awam wanita ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kedudukan bagi membekalkan barangan dan perkhidmatan sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini, tiga tahun lalu.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mencadangkan dua syarikat milik seorang individu.

Suspek juga disyaki mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat tersebut.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Penjawat awam wanita ditahan kes salah guna kedudukan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved