SPRM tahan penjawat awam disyaki salah guna kedudukan

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 1:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPRM tahan penjawat awam disyaki salah guna kedudukan

ALOR SETAR: Seorang penjawat awam wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi membekalkan barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM30,000, tiga tahun lalu.

Sumber memaklumkan, suspek berusia lingkungan 40-an itu didakwa melakukan perbuatan itu sempena sebuah kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di Langkawi, sebelum ini.

Katanya, wanita terbabit ditahan kira-kira pukul 4 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 dengan mencadangkan dua syarikat yang dimiliki individu sama dan dia dipercayai mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN 

The post SPRM tahan penjawat awam disyaki salah guna kedudukan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved