Penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran Negeri Sembilan dibenarkan pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah Persekutuan.
Ujarnya, waktu mula bekerja seawal jam 7.30 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 2 petang.
“Waktu kerja anjal akan dilaksanakan untuk wanita sahaja, pada setiap hari Jumaat mereka akan mula bekerja seawal jam 7.30 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 2 petang.
“Mereka tiada rehat dan tiada sembahyang Jumaat, jadi mereka boleh terus balik,” katanya.
Bagi penjawat awam lelaki pula katanya perlu masuk semula ke pejabat seperti biasa selepas waktu solat Jumaat.
“Manakala yang lelaki sambung balik (kerja), lepas sembahyang Jumaat masuk balik kerja seperti biasa, tak apa kerja di bulan Ramadan itu adalah pahala,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post Penjawat awam wanita Negeri Sembilan pulang jam 2 petang setiap Jumaat Ramadan ini appeared first on The Reporter.


