Penjimatan kerajaan manfaatkan rakyat menerusi subsidi, bantuan

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 2:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjimatan kerajaan manfaatkan rakyat menerusi subsidi, bantuan

KUALA TERENGGANU – Pengurusan kewangan secara cermat serta usaha membendung ketirisan membolehkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemampuan Malaysia menawarkan harga minyak yang rendah turut menarik perhatian pemimpin negara lain dalam pertemuan beliau di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, harga minyak yang rendah dinikmati rakyat bukanlah sesuatu yang diperoleh secara percuma sebaliknya melibatkan tanggungan kewangan yang besar oleh kerajaan.

“Kerajaan kena tampung kos subsidi RM40 bilion setahun untuk pertahankan harga minyak.

“Bagaimana boleh kita ambil RM40 bilion selain RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

“Sebabnya kerja cermat dalam pengurusan kewangan. Kita elak daripada kecurian, bocor dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-46 dan Hadiah Kecemerlangan Pendidikan di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

The post Penjimatan kerajaan manfaatkan rakyat menerusi subsidi, bantuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved