Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 1:11 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 23 November 2026.

Pelbagai bantuan kerajaan, program pendidikan, peluang keusahawanan dan pengumuman penting bakal memberi manfaat kepada rakyat minggu ini. Antaranya permohonan TUBE-S 2027 untuk usahawan belia Bumiputera, dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 yang boleh dimuat turun, SIDDIK RM100 untuk anak pembayar zakat Selangor serta pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Pahang 2027.

Selain itu, peminjam PTPTN juga boleh memanfaatkan Bulan Mesra Peminjam 2026 untuk mendapatkan khidmat rundingan bayaran balik, termasuk peluang menyertai cabutan hadiah tunai.

Jom semak senarai bantuan, program dan pengumuman penting minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang yang tersedia.

Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Berita baik buat golongan usahawan belia Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan! Permohonan untuk menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2027 kini telah dibuka.

Program ini memberi peluang kepada usahawan belia untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan mengenai dunia perniagaan, menambah pengetahuan dan membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Jika anda ingin mengembangkan perniagaan atau mendapatkan pengalaman serta pendedahan dalam bidang keusahawanan, inilah peluang yang boleh dimanfaatkan.

Cara Memohon TUBE-S 2027:

  • Layari portal rasmi TUBE untuk mendapatkan maklumat program.
  • Semak panduan dan syarat permohonan.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Sistem MyBPI.

Pautan permohonan dan maklumat lanjut:

Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

Baca lanjut: Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2027

2. Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 (KPM)

Warga pendidikan kini boleh mula membuat persediaan awal untuk pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) apabila 10 dokumen kurikulum telah dimuat naik ke portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dokumen yang tersedia melibatkan kurikulum Tahun 1 dan Tingkatan 1 bagi beberapa mata pelajaran.

Dokumen Kurikulum Tahun 1:

  1. Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK)
  2. Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
  3. Matematik
  4. Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu
  5. Pendidikan Jasmani

Dokumen Kurikulum Tingkatan 1:

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  4. Pendidikan Seni Visual
  5. Pendidikan Muzik

Dokumen bagi mata pelajaran lain akan dimuat naik secara berperingkat. Jadi, ibu bapa, guru dan warga pendidikan boleh mula meneliti dokumen yang tersedia untuk memahami kandungan, hala tuju serta perubahan kurikulum baharu ini.

Muat turun dan semak dokumen melalui portal rasmi BPK: https://bpk.moe.gov.my/

Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

3. Sistem Amaran Awal

Sistem Amaran Awal (Early Warning System – EWS) akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum beroperasi sepenuhnya bagi memastikan sistem amaran kecemasan bersedia untuk digunakan dan disampaikan kepada orang awam.

Beberapa ujian akan dijalankan terlebih dahulu. Berikut ialah tarikh penting yang perlu diketahui:

TarikhPeringkat
19 November 2026Ujian teknikal
23 November 2026Ujian simulasi
29 November 2026Ujian seluruh negara
Selepas pengujianOperasi penuh, tertakluk kepada pengesahan kesiapsiagaan sistem

Ujian ini merupakan sebahagian daripada proses persediaan sebelum sistem EWS beroperasi sepenuhnya.

Orang ramai disarankan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MCMC.

Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

Baca lanjut: Sistem Amaran Awal (EWS): Maksud, Tarikh Pelaksanaan & Cara Kemas Kini Peranti

4. Tarikh Pencen 2027

Pesara kerajaan boleh mula merancang perbelanjaan bulanan lebih awal dengan merujuk jadual tarikh pembayaran pencen tahun 2027.

Berikut ialah tarikh pembayaran pencen bagi setiap bulan seperti yang disenaraikan dalam jadual:

Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

Pesara boleh menyimpan jadual ini sebagai rujukan bagi membantu merancang perbelanjaan seperti bil bulanan, pembelian keperluan, rawatan kesihatan dan komitmen keluarga.

5. Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor (SIDDIK)

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor (SIDDIK) 2027 sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat yang layak.

Melalui program ini, anak pembayar zakat yang memenuhi syarat boleh menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang dalam bentuk simpanan pendidikan melalui akaun Simpan SSPN Prime.

Apa itu SIDDIK?

SIDDIK ialah inisiatif LZS yang bertujuan membantu menyediakan simpanan pendidikan untuk anak-anak pembayar zakat (Muzakki). Sumbangan ini bukan diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime anak yang layak.

Jumlah Sumbangan SIDDIK 2027

  • Jumlah sumbangan: RM100 bagi setiap anak yang layak
  • Bentuk sumbangan: Simpanan pendidikan SSPN Prime
  • Kekerapan: Sekali bagi setiap anak dalam satu tahun permohonan
  • Tarikh tutup permohonan: 30 November 2026

Syarat Kelayakan SIDDIK 2027

Antara syarat utama yang perlu dipenuhi ialah:

  • Pembayar zakat telah membayar zakat harta (tidak termasuk zakat fitrah) dengan jumlah antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun.
  • Permohonan dibuat pada tahun berikutnya selepas bayaran zakat. Contohnya, zakat yang dibayar pada tahun 2026 boleh dipohon pada tahun 2027.
  • Salah satu bayaran zakat perlu dibuat pada bulan Oktober, November atau Disember, dan jumlah keseluruhan bayaran memenuhi syarat.
  • Anak berumur 7 hingga 17 tahun, atau bersekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.
  • Anak sedang bersekolah di institusi pendidikan yang diiktiraf di Malaysia.

Cara Memohon SIDDIK 2027

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal eZO LZS.

  1. Layari portal eZO LZS.
  2. Daftar atau log masuk ke akaun.
  3. Isi maklumat pembayar zakat dan anak dengan lengkap.
  4. Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Antara dokumen yang diperlukan termasuk salinan sijil kelahiran atau sijil anak angkat, pengesahan persekolahan melalui IDME atau APDM mengikut kategori sekolah, atau penyata yuran sekolah bagi sekolah swasta.

Dokumen pengesahan juga perlu disahkan oleh pihak yang dibenarkan seperti wakil rakyat, penghulu, ketua kampung, ketua penduduk, nazir masjid, pengerusi surau atau pegawai berkaitan LZS.

Permohonan SIDDIK 2027 ditutup pada 30 November 2026. Portal permohonan: https://ezo.zakatselangor.com.my/

Baca lanjut: SIDDIK 2027: Simpanan Pendidikan RM100 Zakat Selangor

6. Bulan Mesra Peminjam PTPTN 2026

Peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan atau ingin menyusun semula bayaran balik pinjaman pendidikan boleh mengambil peluang menyertai Bulan Mesra Peminjam (BMP) 2026.

Program ini berlangsung dari 1 November hingga 15 Disember 2026 di pejabat PTPTN negeri dan cawangan seluruh negara.

Melalui program ini, peminjam boleh mendapatkan khidmat rundingan, nasihat kewangan serta pelbagai kemudahan untuk membantu mengurus bayaran balik mengikut kemampuan.

Kemudahan yang Ditawarkan

1. Rundingan dan khidmat nasihat

Peminjam boleh berjumpa pegawai PTPTN untuk mendapatkan nasihat mengenai bayaran balik pinjaman serta pilihan penyelesaian yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka.

2. Tawaran penstrukturan semula dan penggabungan pinjaman

Peminjam yang ingin melakukan penstrukturan semula atau penggabungan pinjaman, termasuk pertukaran kepada Ujrah, boleh menikmati tawaran bayaran minimum sebanyak:

  • 20% daripada jumlah tunggakan; atau
  • RM1,000,

mengikut jumlah yang lebih tinggi.

Tawaran ini tidak terpakai kepada peminjam yang telah disenaraikan di bawah Agensi Perunding Hutang (APH).

Waktu Operasi Kaunter PTPTN Dilanjutkan

Bagi memudahkan peminjam, waktu operasi kaunter PTPTN turut dilanjutkan mulai 1 hingga 15 Disember 2026.

  • Kebanyakan negeri: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
  • Terengganu, Kedah dan Kelantan: Ahad hingga Khamis, 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
  • Kaunter terpilih turut dibuka pada 5 dan 12 Disember 2026, Sabtu, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan disarankan hadir untuk mendapatkan rundingan supaya bayaran balik dapat dirancang dengan lebih teratur dan tidak terus bertambah.

Maklumat lanjut: https://www.ptptn.gov.my/

7. Progam Yakin Madani

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Program Yakin MADANI Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program bertemakan “Memaknai Harapan Rakyat” ini bakal berlangsung selama dua hari dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Program Yakin MADANI

  • Tarikh: 5 & 6 Disember 2026
  • Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

Pengunjung boleh menikmati pelbagai acara bersama keluarga sambil berkunjung ke reruai KDN untuk bertemu, beramah mesra dan mendapatkan maklumat daripada warga kementerian.

Jika anda mencari aktiviti hujung minggu bersama keluarga, bolehlah singgah ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.

Baca lanjut: Yakin Madani – Tarikh, Lokasi & Aktiviti/Perkhidmatan Disediakan

8. Belanjawan Pahang 2027

Belanjawan Pahang 2027 telah dibentangkan pada 20 November 2026 oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dengan tema “Pahang 1st: Kerajaan Prihatin, Rakyat Diutamakan”.

Sebanyak RM454.4 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, merangkumi 181 inisiatif yang terdiri daripada 158 inisiatif bantuan negeri dan 23 inisiatif pembangunan.

Belanjawan ini akan memberi tumpuan kepada enam teras strategik:

  1. Memperkasa pendidikan, TVET dan modal insan.
  2. Memacu pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan keusahawanan.
  3. Memantapkan tadbir urus, integriti dan kecekapan perkhidmatan.
  4. Memperkukuh infrastruktur dan kemudahan asas.
  5. Memelihara alam sekitar dan sumber lestari.
  6. Memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)
Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)
Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)
Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

Baca lanjut: Belanjawan Pahang 2027 – Senarai Inisiatif & Bantuan untuk Rakyat

9. MCMC Nexus: Aplikasi untuk Uji Kelajuan dan Kualiti Internet

Internet perlahan, video asyik buffering atau panggilan video tersekat-sekat? Anda boleh menggunakan MCMC NEXUS, aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menguji kelajuan serta kualiti sambungan internet.

Aplikasi ini menyokong pengujian rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi serta mengukur prestasi internet berdasarkan parameter kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.

Fungsi Utama MCMC NEXUS

1. Speed Test

Menguji empat perkara utama berkaitan sambungan internet:

  • Download – kelajuan memuat turun data.
  • Upload – kelajuan menghantar data.
  • Ping atau latency – masa tindak balas sambungan.
  • Jitter – kestabilan turun naik masa tindak balas.

2. Data Experience Test

Menguji prestasi internet ketika melakukan aktiviti harian seperti melayari laman web, menonton video HD dan bermain permainan dalam talian.

3. Route Survey

Merekod kualiti serta kekuatan isyarat internet sepanjang perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain, contohnya ketika memandu atau menggunakan pengangkutan awam.

4. Building Survey

Menguji liputan rangkaian di dalam bangunan seperti pejabat, pusat beli-belah, bangunan bertingkat dan kawasan parkir bawah tanah.

Image from: Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Nov 2026)

Cara Menggunakan MCMC NEXUS

Jika anda mengalami masalah internet perlahan, anda boleh melakukan ujian melalui aplikasi ini.

  1. Matikan Wi-Fi dan gunakan data mudah alih 4G atau 5G.
  2. Hidupkan GPS atau lokasi pada telefon.
  3. Buka aplikasi MCMC NEXUS.
  4. Tekan Speed Test dan tunggu sehingga keputusan ujian selesai.
  5. Jika kelajuan muat turun di bawah 10 Mbps, ulang ujian sebanyak 6 kali di lokasi yang sama.

Menurut maklumat program, data masalah rangkaian akan dihantar secara automatik kepada MCMC untuk tindakan lanjut oleh penyedia perkhidmatan dalam tempoh dua hari.

Aplikasi ini juga percuma, tidak memerlukan pendaftaran maklumat peribadi untuk mula menjalankan ujian dan tidak memaparkan iklan.

Muat Turun MCMC NEXUS

Baca lanjut: MCMC Nexus – Aplikasi Percuma Uji Sambungan Internet

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved