Ketika ini, jualan di TikTok menarik perhatian ramai. Bukan sahaja dengan produk yang dijual, malahan aksi dan telatah penjual turut mencuit hati.
Di Indonesia, seorang penjual kain kafan menarik perhatian ramai apabila menggunakan model dua orang lelaki memakai kain kafan.
Silahkan dichekout ka sebelum meninggal yaa #kainkafankafani #kainkafan #buruancheckout
Dalam beberapa perkongsian video, pengasas Kafani yang dikenali sebagai Yoka itu turut menunjukkan tutorial memakai kain kafan.
Membalas @sukakopibangettt yg nanya muat ga buat bb 70? nih ini bb 90 aja masuk, yg nanya oversize gak? ini oversize mimin nya bilang jd segera d co yagaesyaaa #xybca #kainkafan #videoviralitiktok #videolucu #fyp #fypシ゚ #fypage
Memetik dari Sinar Harian, Yoka berkata dia memulakan perniagaan itu kerana khuatir segelintir masyarakat sukar mencari kelengkapan jenazah apabila berlakunya kematian terutamanya pada waktu malam.
“Kebimbangan lain ialah ada juga dikalangan mereka tidak mahir mengendalikan jenazah saudara mara mereka,” katanya.
Selain daripada kain kafan, jenama Kifani juga menjual peralatan lain untuk pengurusan jenazah seperti kapur barus, kain samping, kapas, tuala, minyak wangi mayat. serbuk bidara, gunting, dan sebagainya.
Jenama berkenaan bukan sahaja menarik perhatian netizen di Indonesia, malahan turut menjadi perhatian netizen di Malaysia.
The post Penjual kain kafan di Indonesia curi perhatian ramai, guna model dan buat tutorial live di TikTok appeared first on The Reporter.


