Penonton Arab Bersemangat Tengok Bola, Tak Henti Sebut ‘Allah’

Football
12 Dec 2022 • 9:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terdapat banyak kejutan yang berlaku dalam Piala Dunia FIFA 2022 pada kali ini dan tentunya tumpuan utama diberikan kepada penyokong berbangsa Arab.

Umum mengetahui, pasukan bola sepak Morocco pada ketika ini paling menonjol antara semua pasukan, ekoran berjaya mengalahkan beberapa pasukan gergasi hingga memberi semangat kepada penyokong beragama Islam.

Memang ramai yang meminati bola, tetapi tidak semua mempunyai semangat ‘lain macam’ seperti penyokong Arab yang begitu mengambil serius terhadap perlawanan bola sepak.

Baru-baru ini, tular di media sosial video beberapa penyokong Arab bersemangat menonton Piala Dunia, lagi-lagi ketika Morocco beraksi di padang.

Mereka bagaikan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya memberi sokongan dari rumah, namun dalam masa sama tidak lupa untuk menyebut nama yang Maha Kuasa.

Perangai sama

Seorang agamawan profesional yang juga ahli akademik terkenal, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff mengesahkan video reaksi lelaki Arab sedang menonton perlawanan persis seperti kawannya.

Ujar Dr Mohd Izhar, rata-rata penonton dari negara Arab mempunyai perangai yang sama di mana mereka sangat bersemangat waja apabila menonton bola, lebih lagi melibatkan pasukan Islam seperti Morocco.

image is not available
Gambar: Tangkap layar video tular

“Tengok video ini saya teringat zaman belajar di Syria dahulu. Kawan-kawan Arab kalau tengok bola dunia macam inilah perangai. Rindu mereka semua,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Video tersebut mendapat sambutan ramai dan rata-rata pengguna media sosial berasa puas hati dengan reaksi yang diberikan oleh mereka.

“Tengok bola teringat Allah lagi, alhamdulillah syukur, depa (mereka) ini memang patut jadi contoh pada orang kita,” kata Nah.

“Terjerit jerit pun terus sebut Allah. Alhamdulilah,” tambah Eika Kurnia Dewi.

“Best kalau ada kawan macam ini,” ujar Faizal Rashid.

Semestinya, sokongan yang diberi membuatkan penonton turut berada seakan-akan di stadium melihat perlawanan mereka secara langsung.

Piala Dunia FIFA 2022 merupakan sejarah baharu bagi negara Islam, di mana pada kejohanan kali ini Morocco berjaya menewaskan beberapa pasukan gergasi Eropah yang diramal memasuki separuh akhir.

Perkara sedemikian berada di luar jangkaan penonton apabila pasukan Morocco acap kali mengalahkan pasukan lawan, memberikan sinar kepada penyokong bola sepak dari negara Islam setelah dapat melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia.

Terdahulu, dalam perlawanan suku akhir bersama Portugal, Morocco berjaya menambah kejutan selepas menumbangkan bekas Juara Eropah berkenaan 1-0 sebelum layak mara ke separuh akhir.

Perlawanan seterusnya, Morocco dijadualkan akan menentang Juara Piala Dunia 1998, Perancis pada Khamis ini.

Sumber: Dr Mohd Izhar Ariff/Facebook