
Skuad Morocco Dirakam Sempat Baca Al-Fatihah Tengah Padang Sebelum Tawakal Ambil Penalti
Skuad Morocco dalam perlawanan Piala Dunia mereka awal pagi tadi sewaktu menentang pasukan gergasi dari benua eropah iaitu Sepanyol didapati sempat membacakan surah Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum bersedia mengambil sepakan penalti penentuan.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama @IlmFeed menunjukkan pasukan itu berkumpul di tengah padang membacakan surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum bertawakal dan mengharapkan keajaiban.
Kesemua ahli pasukan di dalam video tersebut dilihat membuat bulatan beramai-ramai sambil membacakan surah Al-Fatihah.
Selain pemain, kelihatan juga pengurus pasukan dan jurulatih turut bersama-sama pasukan tersebut melafazkan surah berkenaan.
Setakat pagi ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak puluhan ribu dan ribuan tanda suka daripada pengguna di Twitter.
Keputusan perlawanan malam tadi telah menyaksikan pasukan Morocco berjaya menundukkan pasukan Sepanyol dengan jaringan 3-0 dalam sepakan penalti penentuan. Kemenangan itu sekaligus melayakkan pasukan Morocco ke suku akhir dalam perlawanan yang seterusnya.
Pemain cemerlang Morocco Achraf Hakimi menjadi pemain terakhir yang mengambil sepakan penalti dalam perlawanan tersebut. Beliau dengan gaya sepakan penalti panenka akhirnya berjaya menerobos gol lawan dan memberikan kemenangan bersejarah kepada pasukannya.
The Moroccan team recited Surah Al Fatiha before the penalty shootout.pic.twitter.com/OwJzcWVLsN
— ilmfeed (@IlmFeed) December 6, 2022
Perlawanan seterusnya untuk pasukan Morocco dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Disember ini. Pasukan tersebut bakal bertemu dengan pasukan dari Portugal dalam peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2023.
Sumber: IlmFeed/Twitter
The post Skuad Morocco Dirakam Sempat Baca Al-Fatihah Tengah Padang Sebelum Tawakal Ambil Penalti appeared first on Siakap Keli.


