Saya suka menonton filem aksi seperti Fast Five dan Aliens. Tetapi di platform penstriman saya perlu mengingati bila Vin Diesel berteriak “this is Brazil” dan Ripley menentang Ratu Alien. Masa dihabiskan bergerak ke depan dan ke belakang mencari babak-babak ikonik.

Semalam Amazon mengumumkan pelanggan Alexa+ kini boleh mengarahkan pembantu maya melompat terus ke babak yang ingin dicari dengan menggunakan arahan suara sahaja. Ciri ini hanya disokong pada platform Prime Video sahaja dan memerlukan langganan Alexa+ serta Fire TV. Maka mengecewakan sekali ciri ini tidak boleh digunakan pelanggan Prime Video di Malaysia.
Ciri baharu ini dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) baharu di Amazon. Selain melangkau terus ke babak tertentu di dalam filem, Alexa+ juga kini boleh memberikan saranan apakah yang boleh ditonton sekiranya pengguna ingin menonton kandungan dengan genre tertentu.




