Penonton Puji Filem Keluang Man Unik - “Sangat Menarik, Kita Macam Berada Dalam Otak Borhan”

1 Jun 2025 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru sahaja memulakan tayangan, fikem superhero ikonik negara, Keluang Man menjadi perbualan hangat di media sosial.
 

Respon positif & POV Borhan

 

Ramai yang memberikan sokongan dan respon positif terhadap Keluang Man yang dianggap sebagai satu usaha baik dalam mengimbau nostalgia 90-an.

Selain nostalgia, penonton juga mengakui Keluang Man adalah filem yang unik kerana mereka seolah-olah dibawa untuk melihat apa yang berlaku dalam fikiran Borhan iaitu seorang pesakit mental.
image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia. 

Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.

Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.

 

 

 

Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip. 

Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.

Saksikan Keluang Man bermula 29 Mei di pawagan seluruh negara.

Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 1 Jun di Melaka, 2 Jun di Seremban, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.

Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar. 

Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
 

Sinopsis:

Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari. 

Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.