Penonton Teruja, ‘Queen Of Tears’ Diterajui Kim Soohyun & Kim Jiwon Umum Tarikh Tayangan

Entertainment
12 Jan 2024 • 2:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Drama yang dinantikan ramai akan menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, tvN telah mengumumkan barisan pelakon untuk drama “Queen of Tears” yang akan dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Kim Ji-won, Park Sung-hoon, Kwang Dong-yeon dan Lee Joo-bin, sekaligus mengumumkan tarikh tayangannya iaitu pada Mac ini.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

image is not available

Dalam drama ini, Kim Soo-hyun akan terajui sebagai watak utama Baek Hyun-woo, manakala Kim Ji-won akan membintangi sebagai isterinya Hong Hae-in.

Nantikan tayangan rasminya pada Mac nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.