Penoreh getah ditemui mati

17 Jan 2024 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Mayat lelaki berusia 59 tahun yang dilaporkan hilang ketika menoreh getah, ditemukan di kawasan kebun getah di Kampung Ruhiang, Tamparuli di sini, Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Lotimin Maun ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika menjalankan pencarian sebelum memaklumkan pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, enam anggota bomba termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan penduduk mengenai lokasi mayat yang ditemui dan membantu mengangkat mayat menggunakan pengusung.“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tuaran bagi tindakan lanjut,” katanya.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Terdahulu, Abdul Qawie, penduduk memaklumkan mangsa keluar dari rumahnya untuk menoreh getah seawal jam 2.30 pagi namun tidak kembali ke rumah pada waktu kebiasaannya sekitar jam 6.30 pagi.

“Seterusnya ahli keluarga mangsa mendapatkan bantuan dari penduduk kampung untuk membantu mencari mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 12.30 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan forensik polis di lokasi kejadian,” ujarnya.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.