
Tuaran: Pasukan bomba berjaya menemukan seorang wanita yang dilaporkan tersesat ketika mengadakan aktiviti pendakian di Bukit Nuluh Lapai, Jalan Gayang di sini, rabu lalu.
Mangsa dikenali Rena Kimo, 38, ditemukan pasukan bomba kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan selama tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.41 petang.
Katanya, seramai 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba melakukan operasi pencarian mangsa di sepanjang laluan trek dan berjaya menemui mangsa di kawasan hutan berhampiran trek”.
“Mangsa yang juga seorang wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas menjalani pemeriksaan awal oleh pasukan bomba,” katanya.
Menurut Abdul Qawie berkata, mangsa seterusnya dibawa keluar dengan mengiringi mangsa sehingga ke Pos Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada pihak keluarga.
“Pasukan bomba menasihatkan orang ramai yang ingin beriadah atau mendaki bukit agar tidak melakukan seorang diri dan sentiasa berkumpulan”.
“Pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.10 malam kemudian selepas memastikan tiada bahaya lain,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
