Pensijilan Boeing 737 MAX 10 tangguh lagi

WorldTechnology
29 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pensijilan Boeing 737 MAX 10 tangguh lagi

NEW YORK  – Pihak berkuasa keselamatan penerbangan Amerika Syarikat(AS) (FAA) menangguhkan persijilan 737 MAX 10 sehingga pihaknya dapat memastikan  ralat perisian baharu tidak menimbulkan risiko keselamatan, kata seorang pegawai kanan semalam.

Masalah berpunca daripada kemas kini perisian kokpit 737 MAX yang boleh menyebabkan ciri navigasi automatik gagal berfungsi apabila pesawat mengubah pendekatan pendaratan.

Meskipun juruterbang dilatih untuk mendaratkan pesawat secara selamat tanpa sistem navigasi automatik, FAA perlu  menilai sama ada ‘beban kerja’  tersebut adalah berlebihan bagi juruterbang dalam senario seumpamanya, kata Pentadbir FAA, Bryan Bedford.

“Pesawat MAX  yang diluluskan oleh FAA setakat ini adalah selamat tetapi kami akan menangguhkan kelulusan untuk model MAX 10 sehingga  kami berpuas hati tiada masalah di sini,” katanya.

Sebelum ini, seorang jurucakap FAA memberitahu, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Boeing dan syarikat-syarikat penerbangan sambil menambah, FAA akan memanggil lembaga penasihat dan  bertindak segera jika mengenalpasti terdapat masalah berkaitan keselamatan.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kelly Ortberg memberitahu Wall Street pada 16 September lalu bahawa beliau menjangkakan persijilan FAA  bagi 737 MAX 10 akan diperoleh ‘tidak lama lagi’.

“Kami terus mengikut arahan FAA semasa kami menyelesaikan proses pensijilan ini,” kata jurucakap Boeing.

Masalah itu  timbul apabila juruterbang mengubah pelan penerbangan yang telah diprogramkan terlebih dahulu berikutan pendaratan yang tidak menjadi (missed approach), demikian menurut Boeing.

“Bulan lalu, kami memaklumkan kepada semua pengendali 737 mengenai isu perisian di mana juruterbang mungkin tidak mempunyai akses kepada panduan penerbangan automatik semasa senario pendaratan tertentu,” kata jurucakap Boeing itu dalam kenyataan menerusi  e-mel semalam.

FAA  meluluskan pensijilan pesawat 737 MAX 7 yang lebih kecil dan telah lama tertangguh pada 3 Ogos lalu. – AFP

The post Pensijilan Boeing 737 MAX 10 tangguh lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved