Pensyarah UPM penerima pertama Malaysia raih pingat emas antarabangsa William Johnson pada AMPT 2023

14 Sep 2023 • 5:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pensyarah UPM penerima pertama Malaysia raih pingat emas antarabangsa William Johnson pada AMPT 2023

zulfadli

14/09/2023 - 17:28

KUALA LUMPUR 14 Sept - Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Sapuan Salit @ Sinon merupakan penerima pertama dari Malaysia yang meraih pingat emas antarabangsa William Johnson pada persidangan 'Advances of Materials Processing Technologies Conference (AMPT 2023)'.

Beliau yang merupakan profesor dalam bidang bahan komposit dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Kejuruteraan dan Komposit Termaju UPM berkata, anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan kepada pencapaian individu dalam penyelidikan dan pengajaran pemprosesan bahan.

"Saya amat teruja menerima anugerah berprestij ini dan berbangga menjadi pemenang pertama dari Malaysia yang dianugerahkan dengan anugerah ini setelah 25 tahun menghadiri konferensi AMPT bermula 1998.

"Anugerah tersebut diwujudkan bagi memperingati Prof William Johnson oleh ahli Jawatankuasa Pepandu AMPT berserta rakan-rakan beliau di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) yang cemerlang dalam bidang ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

image is not available

Anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pepandu AMPT, Prof Dr M.S.J. Hashmi di sini semalam. - DagangNews.com