Pensyarah Wanita Ditemukan Lemas

12 Oct 2025 • 2:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

CHUKAI - Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Supritendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 7.10 malam.

Beliau berkata mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama.

"Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu," katanya.

Beliau menambah mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. - BERNAMA