Pentas final sasaran Speedy Tigers

19 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pentas final sasaran Speedy Tigers

SKUAD hoki lelaki kebangsaan menggalas misi cukup besar menjelang Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 November ini apabila meletakkan sasaran mara ke final.

Pemain tengah skuad Speedy Tigers, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi menganggap Malaysia memiliki peluang cukup cerah untuk meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir pada edisi ke-32 itu.

Walaupun dengan kehadiran beberapa pasukan gergasi termasuk Australia dan Pakistan selain turut disertai Kanada, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), namun Aiman yakin dengan kemampuan pasukan negara.

“Sasaran pasukan untuk edisi kali ini, hasrat kami adalah untuk melangkah ke perlawanan akhir. Kita tengok ada Australia, Pakistan, Korea, Kanada dan AS, jadi sasaran adalah mara ke final.

“Bagi saya, antara pasukan yang mungkin boleh berikan cabaran kepada pasukan negara adalah Australia dan Pakistan. Jadi, kita tidak boleh mengambil mudah apabila bertemu mereka nanti,” katanya.

Pada edisi ke-31 yang berlangsung tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan sebagai pasukan keempat terbaik selepas tewas 1-6 kepada New Zealand dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sebagai rekod, kali terakhir Speedy Tigers menjulang trofi keramat itu adalah pada edisi 2022 yang juga merupakan satu-satunya gelaran diraih selepas membenam Korea Selatan 3-2 di perlawanan akhir.

The post Pentas final sasaran Speedy Tigers appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved