Penternak ditembak ketika cuba halang enam lelaki curi lembu

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penternak lembu berdepan detik cemas apabila terkena tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada enam lelaki yang dipercayai mencuri haiwan terbabit dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Kemahang 1, Tanah Merah pada awal pagi Isnin. Foto:TULAR

TANAH MERAH - Seorang penternak lembu berdepan detik cemas apabila terkena tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada enam lelaki yang dipercayai mencuri haiwan terbabit dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Kemahang 1 di sini pada awal pagi Isnin.

Kejadian jam 3 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 43 tahun mengalami kecederaan pada bahagian pipi.

Difahamkan, dia berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Suprintenden Mohd Haki Hasbullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved