Pentingkan ketelusan, Hannah Yeoh jemput SPRM siasat semua agensi di bawah JWP

LocalPolitics
4 Feb 2026 • 9:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan kesemua agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan ‘membuka pintu’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lebih awal.

image is not available

Hannah Yeoh tegaskan langkah tersebut demi kukuhkan ketelusan

Menerusi laman sosial rasmi, Hannah menyatakan langkah tersebut demi memperkukuh ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata, pendekatan itu berbeza berbanding kebiasaan sebelum ini apabila SPRM hanya hadir selepas bekas menteri atau pengarah disiasat.

“Selalunya SPRM hadir mendapatkan fail selepas bekas menteri mahupun bekas pengarah disiasat tetapi (selepas ini) kita mahu membuka pintu lebih awal.

“Kita menjemput SPRM masuk bersama dan memberikan saranan kepada kita dan kita mengambil saranan itu dengan serius untuk melaksanakan,” katanya pada Pemeteraian Nota Kerjasama antara SPRM, hari ini.

image is not available

Artikel lain: Syor pilihan raya PBT: ‘Jangan takut.. kajian dibuat UIAM, bukan DAP’ – Hannah Yeoh

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM sebelum ini hadir ke DBKL bagi menilai penambahbaikan tatakelola serta mengemukakan 20 syor merangkumi lima isu utama, termasuk pengurusan projek penerbitan kandungan siaran Studio Radio dan tadbir urus SUKANUN Ke-12.

image is not available

Cadangan berkenaan disambut baik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud yang menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, kecekapan serta integriti DBKL.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh