Penubuhan persatuan bekas atlet bantu kebajikan ahli

16 Jan 2023 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Penubuhan persatuan bekas atlet negeri akan membolehkan Kementerian Belia dan Sukan membantu kebajikan ahli mereka dengan lebih cekap.

Datuk Ellron Angin membuat gesaan itu dalam ucapannya semasa majlis makan malam tahunan Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Sabah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Persatuan pimpinan Datuk James Wong itu ditubuhkan pada 2016 bagi tujuan menjaga kebajikan 137 ahlinya yang berumur 45 tahun ke atas.

Menteri itu berkata bekas pemain bola sepak yang membanggakan negeri ini wajar diberi pengiktirafan atas sumbangan mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sebagai salah seorang bekas atlet, saya amat memahami apa yang bakal dihadapi oleh atlet ini apabila mereka bersara dan tidak lagi aktif dalam sukan.

“Justeru, saya akan melakukan yang terbaik melalui kementerian untuk membantu mereka yang terjejas,” kata bekas pelari pecut negara itu.

Beliau turut mendedahkan program caruman KWSP untuk atlet negeri akan dilaksanakan tahun ini.

“Program itu mula dicadangkan atas keprihatinan terhadap atlet negeri yang bakal bersara daripada sukan itu, dan caruman akan diteruskan apabila mereka menceburi bidang kerjaya baharu,” katanya.

Sementara itu, Ellron bersama pegawai tertinggi kementerian itu akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Persekutuan Hannah Yeoh di Putrajaya hari ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.