Penuh Dengan Adat Iban, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Pasangan Kelantan Dan Gadis Kapit Ini

7 Jun 2023 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan mempelai

Penuh Dengan Adat Iban, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Pasangan Kelantan Dan Gadis Kapit Ini. Perkahwinan antara pasangan dari Kelantan dan gadis dari Kapit, Sarawak ini sungguh istimewa dan menarik sehingga tular di media sosial.

Kedua pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah panjang.

image is not available
Penuh Dengan Adat Iban, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Pasangan Kelantan Dan Gadis Kapit Ini. Kredit: Facebook

Salah satu momen yang menarik adalah ketika rombongan pihak lelaki disambut oleh keluarga pihak perempuan yang mengenakan pakaian tradisional Iban lengkap dengan hiasan kepala dan perhiasan khas.

Bahkan, keluarga pengantin lelaki dilihat lengkap berbaju kurung, berbaju Melayu siap bertanjak sambil membawa beberapa buah dulang hantaran menerusi video yang telah dikongsikan di facebook.

Majlis silang budaya Melayu dan Iban ini tarik perhatian ramai.

Majlis ‘silang budaya’ memberi pengalaman yang unik bagi rombongan pihak lelaki dan menjadi antara memori yang tidak dapat dilupakan buat mereka.

image is not available
Kek pasangan pengantin bertemakan corak Pua Kumbu

Difahamkan, keunikan yang ditampilkan oleh pasangan ini menjadikan hari istimewa mereka itu viral di media sosial.

Netizen pun turut teruja dengan majlis mereka.

Bukan itu sahaja, kedua-dua rombongan disambut dengan tarian Ngajat semasa upacara menyambut tetamu diadakan.

image is not available

Keluarga pihak pengantin perempuan juga disambut dengan minuman ‘tuak’ semasa mereka melangkah masuk ke rumah panjang itu.

Rata-rata netizen tertarik dengan keunikan dan kagum dengan pasangan ini.

Baca lagi artikel menarik: