Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah

Home & Living
21 Apr 2026 • 9:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah

Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah

Kebersihan rumah merupakan cerminan gaya hidup dan tahap keselesaan seseorang. Rumah yang bersih bukan sahaja memberikan ketenangan, malah membantu menjaga kesihatan seisi keluarga.

Persekitaran yang teratur dan bebas daripada kotoran dapat mengurangkan tekanan serta mewujudkan suasana yang lebih harmoni dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek kebersihan yang sering terlepas pandang, antaranya ialah kebersihan karpet.

Walaupun kelihatan bersih di permukaan, karpet sebenarnya mudah memerangkap habuk, kotoran dan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan jika tidak dibersihkan secara berkala.

Jadi artikel kali ini akan kongsikan tiga cara mudah untuk bersihkan karpet di rumah anda. Ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah.

Berapa kali perlu cuci karpet dalam masa setahun?

Karpet anda merupakan tempat terkumpulnya segala debu dan kekotoran. Jika tidak dibersihkan dengan kerap, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Jika anda mempunyai karpet biasa di rumah, pastikan anda vakum permukaannya 2-3 kali sebulan.

Individu yang menghidap asma atau alahan adalah golongan yang paling terkesan sekiranya karpet dibiarkan berdebu dan kotor.

Oleh sebab itu, pastikan anda cuci karpet secara rutin. Gunakan vakum dengan muncung yang sesuai dan kuasa sedutan yang tinggi supaya sebarang kotoran pada permukaan karpet anda dapat ditanggalkan.

Namun, jika anda mempunyai modal, tidak salah untuk berbelanja lebih dan beli pencuci karpet yang bagus.

Pencuci karpet ini dapat membantu anda membasuh karpet dengan lebih teliti. Deep cleaning juga boleh dilakukan 3-4 kali setahun mengikut keperluan anda.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai pencuci karpet, tidak mengapa! Hantar sahaja kepada profesional!

Mengapa anda perlu tahu cara cuci karpet?

  1. Memanjangkan jangka hayat permaidani anda.

  2. Memastikan udara dalam rumah sentiasa segar dan bersih.

  • Karpet mudah dijaga jika ia selalu dibersihkan.

  • Mengelakkan permaidani daripada rosak lebih teruk.

  • Baca juga:

    3 cara cuci karpet di rumah

    Sebelum anda cuba untuk cuci karpet di rumah, pastikan anda mempunyai semua bahan dan peralatan yang diperlukan. Antaranya:

    • Penyedut hampagas

    • Soda penaik

    • Pencuci baju/pencuci karpet

    • Kain buruk

    • Berus

  • Botol semburan

  • Kain mikrofiber

  • Jangan lupa, baca label pada produk pencuci yang anda ingin gunakan. Pastikan anda menggunakan pencuci tersebut mengikut arahan yang disediakan.

    Vakum permukaan karpet terlebih dahulu

    Image from: Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah
    Gambar: ImageFX

    Sebelum cuci, pastikan anda vakum karpet terlebih dahulu. Sebarang kekotoran yang melekat pada permukaan karpet akan menyebabkan proses mencuci jadi lebih sukar.

    Sebelum vakum, pastikan anda:

    • Alihkan sebarang perabot, wayar atau barang-barang lain yang menghalang laluan

    • Vakum karpet anda dalam 2 arah, satu dalam pergerakan menegak dan satu lagi melintang

    Hilangkan kotoran degil menggunakan pencuci

    Image from: Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah
    Gambar: ImageFX

    Kenal pasti tompok-tompok kotor pada permukaan karpet anda. Kemudian, lakukan spot cleaning menggunakan pencuci kegemaran anda.

    Spot cleaning merupakan antara langkah penjagaan karpet yang paling penting.

    Jika ada makanan atau minuman yang tertumpah, anda perlulah melakukan spot cleaning secepat mungkin untuk mengelakkan kekotoran tersebut melekat selama-lamanya.

    Tetapi, sebelum anda lakukan spot cleaning, pastikan anda uji dahulu pencuci anda di kawasan hujung atau bucu permaidani.

    Perhatikan sama ada pencuci tersebut menghakis permukaan atau warna karpet anda.

    Jika tidak, anda boleh gunakan pencuci tersebut untuk menanggalkan kotoran. Cuma sapukan sahaja pada karpet dan tunggu 15 minit sebelum menggosoknya dengan kain putih yang lembap.

    Gunakan serbuk penaik sebagai pembersih

    Image from: Penuh Habuk, Ini 3 Cara Mudah Bersihkan Karpet Rumah
    Gambar: ImageFX

    Pencuci profesional selalunya menggunakan gabungan serbuk penaik, pencuci, sedikit air dan kain mikrofiber untuk mencuci karpet:

    1. Pertama sekali, taburkan serbuk penaik ke atas karpet dan vakum untuk hilangkan sebarang debu dan pasir yang melekat pada permaidani anda.

    2. Letakkan beberapa titis pencuci dalam botol semburan yang mengandungi air suam. Sembur larutan tersebut pada karpet anda. Tetapi, jangan pula sampai karpet basah lencun!

    3. Gunakan kain buruk atau kain mikrofiber untuk lap permukaan permaidani.

    4. Letakkan air suam dalam botol semburan yang sama. Sembur permukaan karpet dan lap lagi sekali.

    5. Kemudian, gunakan berus untuk tanggalkan bulu atau benang karpet yang telah tercabut.

    6. Vakum sekali lagi untuk pastikan serbuk penaik dan benang yang tertanggal dapat dibuang.

    Mudah bukan! Kini, anda boleh cuci sendiri karpet di rumah tanpa perlu rasa risau!