
Ada di antara kita mempunyai minat memakai tumbler Starbucks sebab corak reka bentuknya yang menarik.
Hari ni, telah berlangsung Starbucks Warehouse Sale di The Starling Mall, Petaling Jaya dari 10am – 10pm. Kebanyakan tumbler memang tengah murah dan mempunyai potongan harga sebanyak 80%.

Ramai orang dah mula beratur dari 9:30 pagi untuk membeli tumbler yang dipromosikan. Namun, geng-geng ‘personal shopper’ juga tidak akan melepaskan peluang sebegini untuk mendapatkan tumbler Starbucks pada harga yang lebih rendah.
Tular baru-baru ini, sebuah video di Tiktok yang menunjukkan sikap personal shopper atau PS ini membeli botol minuman dari Starbuck dengan jumlah yang banyak.
@littlewan_ Semua tumblr yang lawa-lawa dah kena kebas dengan PS. Tahu la cari makan tapi tak beragak langsung.
#starbuckswarehousesale #personalshopperstarbucks
Ini telah membuat netizen berasa bengang dengan tindakan tersebut kerana ada yang mendakwa sesetengah dari PS ini bakal menjual kembali barangan tersebut dengan harga yang lebih mahal dari harga asal.



Ramai juga yang memberitahu mereka tak sempat nak beli tumbler yang cantik kerana kebanyakan design sudah disapu bersih para PS.
Pesanan min kepada semua orang, masa beli tu fikir juga la orang dekat belakang sebab kita semua beratur sama sama kan?
Baca : Ditawar Jadi ‘Personal Shopper’, Individu Cerita Pengalaman Dijerat Jadi ‘Scammer’ Rakyat Malaysia
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
