Penularan Tuberkulosis Di Malaysia, KKM Tak Wajibkan Rakyat Negara Ini Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

LocalHealth & Fitness
22 Feb 2026 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Kes tuberkulosis (TB) di negara ini dilaporkan menunjukkan trend peningkatan, sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam ketika ini, memandangkan penularan TB lazimnya tidak berlaku sepantas influenza atau COVID-19.

Penyakit itu kebiasaannya memerlukan tempoh pendedahan yang lebih lama dan berulang sebelum jangkitan berlaku.

Perkara tersebut dimaklumkan KKM menerusi hantaran di Facebook rasmi kementerian itu semalam.

image is not availableimage is not available

Meskipun tidak diwajibkan, orang ramai tetap digalakkan untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau ketika berada di tempat sesak.

Jangan lupa untuk pastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup dan dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

Sumber: Facebook KKM, Berita Harian 

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Facebook KKMSumber: Facebook KKM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.