Penumpang AirAsia diabai? Apa dah jadi? #13

17 Jan 2023 • 10:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga isu yang diketengahkan ialah, pertama filem animasi Malaysia Mechamato dapat sambutan hangat di Jepun, kedua benarkah AirAsia tidak bantu penumpang yang terkandas di Melbourne baru-bari ini? Dan ketiga Twitter bakal naikkan had tweet sehingga 4000 aksara.

1. Mechamato mungkin cipta sejarah di Jepun, anime hasilan luar pertama rangkul anugerah ulung

Mechamato kini tercalon dalam senarai 50 anime pilihan peminat untuk dapat anugerah Anime Fan Award dalam Tokyo Anime Award Festival 2023. Penganjur program kini sedang adakan sesi undian bagi membolehkan para Otaku undi anime kegemaran daripada senarai yang disediakan. Setakat ini, Mechamato berada di kedudukan pertama dalam senarai.

Baca lagi di sini.

image is not available

2. AirAsia dapati penumpang terkandas di Melbourne 5 hari kerana tidak memilih dengan betul

Baru-baru ini tular satu tweet mengenai penumpang AirAsia terkandas di Melbourne, Australia selama 5 hari sebab jadual penerbangannya diubah. Pelbagai masalah dihadapinya seperti terpaksa tanggung perbelanjaan hotel yang sangat mahal dan hanya makan selama 2 hari sebab kekangan belanja. Tapi, menurut CEO AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail, semua penumpang yang terkesan telah dipindahkan ke penerbangan seterusnya. Malah, ketika penumpang ini hubungi chatbot AVA, dia pilih 'Tidak' semasa dimaklumkan layak tukar penerbangan.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. Elon Musk benarkan tweet sehingga 4000 aksara? Apa motifnya?

Melalui satu tweet Elon Musk, dia ada kongsikan 4 perubahan yang akan tiba pada Twitter. Salah satunya ialah, tweet panjang akan tiba pada bulan Februari. Dalam satu perbualan Elon Musk di Twitter juga, nampaknya tweet akan dibenarkan panjang sehingga 4000 aksara. Panjang kan?

Baca lagi di sini.

image is not available