Penumpang bot ekspres hilang selepas jatuh ke dalam sungai

29 Mar 2025 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Paloh, Tanjung Manis. Gambar hiasan

SIBU - Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104 kilometer dari sini pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 tengah hari.

"Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25 kilometer,” katanya dalam kenyataan lewat petang Sabtu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved