Kesihatan Jamal Yunos Merosot, Kanser Paru-Paru Merebak Ke Bahagian Otak

LocalHealth & Fitness
28 Mar 2025 • 12:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tahap kesihatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan merosot dan beliau kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang.

Menurut Jamal, beliau dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami sakit di leher dan kepala ketika sedang memasak di rumah.

Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI), doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter.

image is not available

Beliau memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhannya daripada penyakit yang dihidapinya itu. Kesihatan Jamal merosot sejak September 2022 membuatkan beliau berada dalam keadaan lemah selain turut kehilangan berat badan.

Sebelum ini, Jamal beberapa kali telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Mak Wan Latah Derita Masalah Kesihatan, Bergantung Ubat Kerana Tak Mampu Biaya Pembedahan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved