Penumpang Israel ucap penghargaan kepada Arab Saudi susulan insiden tikaman juruterbang

1 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penumpang Israel ucap penghargaan kepada Arab Saudi susulan insiden tikaman juruterbang

AMMAN/TEL AVIV: Seorang penumpang warga Israel yang berada di dalam pesawat flydubai melahirkan penghargaan mendalam kepada Arab Saudi dan rakyatnya selepas pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas susulan insiden tikaman pada Rabu.

Insiden cemas itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengesahkan pembantu juruterbang cuba merampas dan menjatuhkan pesawat yang membawa 174 penumpang dengan 166 daripadanya adalah warga Israel.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Israel itu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Sultan bin Abdulaziz di Tabuk, utara Arab Saudi.

Beberapa rakaman video yang tular menunjukkan penumpang Israel menerima rawatan perubatan dan layanan mesra daripada petugas kesihatan serta kakitangan lapangan terbang Arab Saudi sejurus selamat mendarat.

Kesemua penumpang itu kemudian dibawa oleh sebuah lagi pesawat flydubai untuk diterbangkan ke Israel.

Mereka akhirnya mendarat di lapangan terbang Tel Aviv pada jam 6.34 petang waktu tempatan.

Pemilik syarikat pemasaran digital, Almog Italie memberitahu agensi berita Arab News selepas tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv bahawa pihak Arab Saudi menjaga mereka dengan sangat baik.

Italie menyifatkan layanan yang diterima sepanjang berada di lapangan terbang tersebut sebagai layanan terbaik yang pernah di alaminya.

Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel dan konsisten menegaskan bahawa proses normalisasi hanya akan berlaku sekiranya laluan ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dimuktamadkan.

Satu lagi rakaman video yang disiarkan oleh saluran Saluran 12 Israel memperlihatkan petugas perubatan Arab Saudi sedang memeriksa tekanan darah penumpang warga Israel dengan teliti.

Dalam kejadian itu, juruterbang itu yang dikenal pasti sebagai warga India, Smit Machchhar diserang oleh pembantu juruterbangnya ketika dalam penerbangan, menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Arab Saudi. 

Pembantu juruterbang itu kemudian ditahan pihak berkuasa Arab Saudi untuk disoal siasat. – AGENSI

 

The post Penumpang Israel ucap penghargaan kepada Arab Saudi susulan insiden tikaman juruterbang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved