Penumpang MAS Dan Firefly Tak Perlu Matikan Telefon Pintar Dalam Pesawat Bermula 1 Julai

29 Jun 2023 • 2:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MAG umum dah boleh guna telefon dalam flight

Penumpang MAS Dan Firefly Tak Perlu Matikan Telefon Pintar Dalam Pesawat Bermula 1 Julai. Malaysia Airlines Group (MAG), yang juga mengendalikan operasi Firefly, MASWings, dan Malaysia Airlines, mengumumkan bahawa kesemua pesawat ini akan menjadi penerbangan pertama membolehkan penumpang menggunakan peranti mudah alih (PED) semasa berlepas dan mendarat.

Menurut sumber, mulai 1 Julai kelak, penumpang tidak lagi perlu mematikan peranti elektronik mereka apabila pesawat berlepas dan mendarat.

Namun begitu, penumpang masih mematuhi garis panduan untuk mematikan peranti (PED) semasa berlepas dan mendarat buat masa ini. Ini termasuk telefon pintar, tablet dan sebarang peranti mudahalih kecil yang perlu disimpan di dalam poket di belakang kerusi.

image is not available
Sumber: Twitter

Malah, dengan peraturan baru ini, peranti masih boleh digunakan selagi mod penerbangan diaktifkan pada peranti. Dalam pada itu, penumpang boleh terus menonton kandungan yang dimuat turun bermula dari pesawat berlepas sehingga mendarat.

Wifi percuma diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan

Selain itu, dari 1 Julai hingga 31 Disember 2023, Malaysia Airlines akan menawarkan WiFi percuma kepada ahli Business Suite, Business Class dan Enrich Platinium (tanpa mengira kelas).

Difahamkan Wi-Fi percuma ini akan diberikan kepada 20 pesawat yang mempunyai perkhidmatan Wi-Fi. Penumpang juga boleh membayar untuk akses Wi-Fi melalui MHConnect.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved