Red Magic 8S Akan Menjadi Telefon Pertama Dengan 24GB RAM

TechnologyDigital
27 Jun 2023 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic sedia menawarkan beberapa telefon pintar memfokuskan permainan video dan sokongan pemprosesan tinggi untuk pasaran tempatan. Kini, bergerak ke hadapan, RedMagic dalam perancangan untuk memperkenalkan RedMagic 8S Pro pada awal Julai 2023 ini.

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah ia akan menyertakan memori sehingga 24GB RAM bersama dengannya. Mengikut spekulasi, ia merupakan RAM fizikal, dan bukannya RAM maya seperti dilakukan beberapa pengeluar lain.

image is not available

Dengan langkah ini, ia dijangka akan menjadi telefon dengan memori yang tinggi di pasaran buat masa ini. Disamping memori 24GB RAM, RedMagic juga dijangka melengkapkan ia dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan kelajuan pemprosesan ditingkatkan kepada 3.36Ghz.

Sama-sama kita nantikan 5 Julai 2023 ini, untuk melihat apakah kejutan tambahan yang dibawakan oleh RedMagic melalui penawaran mereka ini.