Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

21 Sep 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pemandu terselamat manakala penumpang hadapan putus kepala apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya mendapati pemandu Honda City itu mengalami kecederaan, namun tidak tersepit.

"Orang awam mengeluarkan mangsa terbabit dari kereta sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

image is not available

"Penumpang di bahagian hadapan kenderaan sama tersepit dan maut. Mangsa terputus kepala," katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu, beberapa gambar menunjukkan sebahagian Honda City berwarna putih itu terperosok di bawah sebuah lori lima tan yang diletakkan di tepi jalan.