Penumpang terjatuh ke landasan dipercayai pitam – Rapid KL

13 Aug 2026 • 2:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penumpang terjatuh ke landasan dipercayai pitam – Rapid KL

PETALING JAYA: Insiden seorang penumpang terjatuh ke landasan Stesen Gompak pada pukul 9.05 pagi tadi dipercayai disebabkan pitam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rapid KL, sebaik sahaja menerima laporan insiden tersebut, pihaknya terus mengaktifkan sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) dan memutuskan bekalan kuasa ke landasan untuk langkah keselamatan.

“Ia sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi dan polis bantuan menjalankan tindakan segera,” katanya.

Penumpang tersebut katanya, berjaya dikeluarkan daripada landasan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rapid KL memberitahu, pihaknya kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut di landasan bagi memastikan landasan dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

“Operasi tren telah disambung semula pada pukul 9.12 pagi selepas memastikan segala aspek keselamatan dalam keadaan terkawal,” katanya. – UTUSAN

The post Penumpang terjatuh ke landasan dipercayai pitam – Rapid KL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved