Penumpang jatuh landasan LRT Gombak dipercayai pitam

13 Aug 2026 • 12:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penumpang jatuh landasan LRT Gombak dipercayai pitam

PETALING JAYA – Rapid KL mengesahkan insiden melibatkan seorang penumpang dipercayai pitam, sebelum terjatuh ke landasan di Stesen Gombak pada pukul 9.05 pagi tadi.

Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan, sejurus insiden berlaku, sistem Platform Intrusion Emergency Stop diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan juga diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi dan polis bantuan menjalankan siasatan segera.

“Penumpang terlibat berjaya dibantu keluar dari kawasan landasan dan dibawa ke bilik kecemasan sementara menunggu ambulans tiba. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut,” menurut Rapid KL hari ini.

Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa landasan berada dalam keadaan selamat dan operasi tren disambung semula pukul 9.12 pagi.

“Sehubungan itu, penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL,” katanya.

Pagi tadi Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita didakwa terjatuh di atas landasan di Stesen LRT Gombak.

Gambar wanita tersebut sedang terbaring di atas landasan tular di media sosial dimuat naik pengguna Threads Zeer berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Penumpang jatuh landasan LRT Gombak dipercayai pitam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved