Penumpang Wanita Tolak ‘Offer’ PU Riz Nak Bagi ‘Window Seat’ Dalam Flight - “Sungguh Melucukan Bagaimana Seseorang…”

28 Nov 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penceramah bebas dan usahawan, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz berkongsi insiden yang berlaku ketika dia berada dalam kapal terbang dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.

Tolak tawaran

Menerusi perkongsian di platform Thread, Haris berkata dia ada menawarkan tempat duduknya di tepi tingkap kepada dua penumpang wanita yang berada sebaris dengannya namun tawaran itu ditolak.

 

“Naik Flight tadi KBR - KUL. Tempat duduk seat 2A. Nak jadikan cerita ada dua orang wanita duduk di 2B dan 2C. Jadi saya tawarkan dengan nada baik kata ‘Miss, nak duduk ke dalam ke?’.

 

“Kemudian salah seorang daripada mereka jawab ‘saya beli seat ini’. Saya hanya tersenyum dan kata ‘okay Puan’. Sungguh melucukan bagaimana seseorang itu akan dan boleh bertindak balas,” kongsinya.

Kurang sesuai

Pada perkongsian yang sama, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa ini memberitahu tawaran itu diberikan disebabkan dia berasa kurang sesuai untuk menyelit depan wanita.

Bagaimanapun Haris menganggap kemungkinan wanita tersebut sememangnya sudah lama mengidam untuk duduk di tempat yang dibelinya.

 

“Kita tanya nak mudahkan, tak perlu saya nak menyelit depan wanita… kurang baik tapi apa-apa pun, kita kena bersederhana. Kadang-kala kita tak tahu apa mereka lalu.

 

“Mungkin memang dia dah aim dari awal nak beli seat tu, jadi chill dan kenal jenis orang,” ujarnya.

 

Rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan wanita itu menolak tawaran Haris memandangkan tempat duduk di tepi tingkap itu menjadi idaman orang.