‘Penunggang Agama’ Ambil Kesempatan Minta Derma Di Sarawak, Netizen Diminta Berwaspada

21 Dec 2022 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dakwaan bahawa gerakan dari ‘gereja’ ini meminta derma sekurang-kurangnya RM5 dan RM10

‘Penunggang Agama’ Ambil Kesempatan Minta Derma Di Sarawak, Netizen Diminta Berwaspada. Kini macam-macam orang lakukan untuk dapatkan wang, lagi-lagi kalau berkenaan dengan meminta derma. Ada sahaja taktik baharu yang mereka lakukan untuk dapatkan wang.

Admin sebenarnya paling tak gemar sejenis manusia yang menggunakan agama demi kepentingan diri sendiri. Lebih menyedihkan, ramai juga yang terkena atas dasar belas kasihan. Yang scammer ni pulak sampai hati mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

image is not available
‘Penunggang Agama’ Ambil Kesempatan Minta Derma Di Sarawak, Netizen Diminta Berwaspada. Sumber: FB Borneo

Macam tak kena pulak bila tetapkan nilai ni

Baru-baru ini heboh di media sosial di mana terdapat satu ‘organisasi’ ini didakwa menipu orang ramai dengan meminta derma. Lebih mengejutkan, organisasi ini bahkan meletakkan nilai had minimum untuk derma seperti meminta kutipan sekurang-kurangnya RM5 dan RM10 daripada individu.

Menghampiri perayaan krismas, memang ramai wakil gereja akan buat kutipan derma dari pintu ke pintu. Jadi kebiasaan di Sabah dan Sarawak. Sambil bawa gitar dan menyanyi dengan memakai kostum ala-santa klaus, mereka turut membawa tabung derma dan buku resit.

Akan tetapi mereka yang betul-betul di bawah gereja ini menerima apa-apa jumlah dari individu yang ikhlas menderma. Yelah, kalau nak mintak derma seikhlasnya pun tidak akan ada yang pertikaikan. Tapi kalau dah diorang tetapkan nilai sampai RM5 dan RM10 ni macam tak kena pulakimage is not available

image is not available
Sumber: FB Borneo

Ada yang sampai kena ‘paw’ RM20

Menerusi perkongsian di laman Facebook, ada juga yang meninggalkan komen meminta netizen agar tidak menyalurkan sumbangan terhadap ‘golongan’ ini dan bertanyakan sama ada mereka mempunyai permit untuk meminta derma atau tidak.

Rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman mereka semasa disapa ‘organisasi’ ini. Bahkan ada yang meminta derma dengan menetapkan nilai minimum RM20. Mak aii sampai macam tu sekaliimage is not available

image is not available
Sumber: FB Borneo

image is not available
Sumber: FB Borneo

image is not available
Sumber: FB Borneo

image is not available
Sumber: FB Borneo

Oleh itu, disarankan agar netizen berhati-hati dalam menyumbangkan derma terhadap golongan ini. Kalau derma seikhlas hati takpa jugak, tapi kalau dah sampai tetapkan nilai tu dah macam tak betul dah tuimage is not available