
PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal berusia 31 tahun maut dalam perlanggaran dengan sebuah kereta dekat sebuah kedai perabot di sepanjang jalan Penampang – Tambunan awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah, Supt. Sammy Newton berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 5.30 pagi oleh pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth.
Advertisement“Mayat dihantar ke bahagian forensik untuk bedah siasat. Pemandu kereta, lelaki tempatan berusia 26 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Noor Ishamudin Ismail di 017-6703700 atau balai polis berhampiran.



