Penunggang maut, motosikal kuasa tinggi hilang kawalan

LocalCars
10 Jul 2023 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal kuasa tinggi dan kereta selepas terlibat dalam kemalangan.

SEGAMAT - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 133 Jalan Johor Bahru-Seremban (Chaah), pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Zamri Marinsah, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX 1000R menghala ke Yong Peng, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah Chaah.

"Siasatan lanjut mengesahkan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved