
PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun maut selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta usang di tepi jalan Kampung Buit Hill, Putatan, pada Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir, berkata pasukan paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian jam 11.45 pagi.
AdvertisementKatanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp. Saparia Ladoni, di 019-8095133.
“Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak memuat naik gambar atau video insiden ke media sosial sebagai tanda hormat kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan.

