Penunggang motor maut, lelaki cedera nahas berbeza

18 Aug 2024 • 2:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung dan Lagatah Toyos

KENINGAU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah Isuzu Trooper di Kilometer 8 Jalan Keningau - Apin-Apin, sekitar jam 8 pagi Jumaat.

Pembantu kedai, Allbrayon Sariman berumur 23 tahun dari Kampung Bunga Raya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera parah kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau Superitendan Yampil Anak Garai, siasatan mendapati Isuzu Trooper bergerak dari arah Apin-Apin menuju ke Keningau, manakala motosikal yang ditunggang mangsa juga dari arah yang sama.

“Apabila Isuzu Trooper menghampiri satu simpang untuk membelok ke kanan, motosikal yang bergerak di belakang kenderaan itu tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang sebelah kanan kenderaan itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Ekoran impak tersebut, beliau berkata, mangsa tercampak ke lorong bertentangan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan bedah siasat. Pemandu Isuzu Trooper itu tidak cedera.

Siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri, gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, siasatan diteruskan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Di TAWAU, seorang lelaki cedera dan tersepit dalam kereta yang dinaiki bersama seorang rakan apabila kenderaan itu terbabas dalam kemalangan di KM49 Jalan Balung, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pasukannya mengeluarkan mangsa, 44, menggunakan peralatan khas dan memberikan rawatan awal.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Balung menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Manakal rakan mangsa, 49, tidak cedera dan telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Terdahulu, katanya, sepasukan enam pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bersama dua jentera selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari menerusi MERS999.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan jam 1.35 petang selepas pasukannya memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.