Penunggang motor maut nahas di Limbahau

8 Feb 2026 • 9:54 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Hasrat seorang lelaki berusia 54 tahun untuk bertemu isterinya berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Limbahau, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Supt Heryan Mohd Tahir berkata penunggang motosikal itu dipercayai dalam perjalanan dari Beluran ke Labuan untuk menemui isterinya ketika kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Heryan menggesa individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor El Najeeb Abdul Rahman, pada talian 016-8813880 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, mematuhi had laju serta memakai topi keledar atau memasang tali pinggang keledar bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang tidak perlu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved