Penunggang Motor Terkoyak Dagu, Terkena Benang Melintang Ketika Redah Highway SUKE

Entertainment
14 May 2024 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ketika menunggang di Highway Duke sehinggakan dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di tengah jalan raya.

Menurut hantaran di platform media sosial X, kejadian ini berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai.

Melihat keadaan dagu tersebut, ia membuatkan lelaki ini serik untuk melalui lebuh raya tersebut dan sanggup menggunakan jalan alternatif. Bahkan jarinya juga turut terluka kerana ingin memutuskan benang tersebut.

Susulan dengan kejadian itu, ia membuatkan Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dengan panggilan Altimet terpanggil untuk bersuara dan mengambil tindakan.

“Saya dah info IPD Ampang Jaya. Esok pagi ada sesi town hall di IPK Selangor saya bawa isu ini,” katanya.

Kejadian ini telah mencetuskan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya penunggang motosikal, bahkan ada yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Harap pihak berkuasa dapat pantau perkara ini.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.