Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

28 Aug 2024 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, pada Selasa malam. Foto JPBM Perak

image is not available
Anggota bomba memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam. Foto JPBM Perak

IPOH - Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, pada Selasa malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Merah.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Sabarodzi berkata, bomba memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved