Penunggang motosikal cedera langgar lori kontena terbabas

22 Feb 2024 • 11:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan berlaku ketika cuaca hujan.

ISKANDAR PUTERI - Seorang penunggang motosikal cedera terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena di kilometer (KM) 25.8 lebuh raya link kedua pada jam 4.15 petang, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika cuaca hujan yang mana lori kontena telah terbabas.

“Kemudian, datang sebuah motosikal yang datang dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang lori kontena tersebut,” katanya.

Pemandu kontena tidak mengalami sebarang kecederaan namun penunggang motosikal hanya cedera ringan.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 kerana gagal kawal kenderaan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved