Penunggang motosikal hilang kepala, terlibat dalam kemalangan di Highway Senai

27 Dec 2024 • 9:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal hilang kepala selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Senai, Johor pada Jumaat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @update11111 di laman X, dapat dilihat keadaan mayat yang mengerikan dengan badan mangsa tanpa identiti terpisah daripada kepalanya.

Penunggang motosikal hilang kepala

image is not available

Akibat kejadian tersebut, mangsa yang dipercayai seorang lelaki telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kepala tanggal, kemalangan motor di highway Senai, Johor,” kata individu yang merakam kejadian ngeri berkenaan.

Dalam perkongsian itu juga, motosikal yang ditunggangi mangsa berada di laluan belah kanan manakala kepalanya terpelanting dan tergolek jauh di tengah jalan.

image is not available

image is not available

Mungkin mangsa terlanggar pembahagi jalan

Pun begitu, tiada maklumat terperinci daripada pihak berkuasa berkaitan insiden terbabit. Namun, ada segelintir individu mendakwa kejadian tersebut berlaku disebabkan mangsa terlanggar pembahagi jalan raya.

image is not availableimage is not available

Salam takziah buat keluarga mangsa

Dalam pada itu, netizen menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

image is not availableimage is not available

Sumber: X @update11111